Saturday 19 September 2015

GAMBAR:: PUNCA Lelaki ini diliwat 20 Banduan di Penjara Memang buat Anda Nak MUNTAH !!

SEORANG  jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.

Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.

Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.

“Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu,” menurut sumber.

Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini.


Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.




ISU HIDANG ARAK DALAM PESAWAT. JAWAPAN BEKAS CEO MAS INI MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA !!

MAS MASIH HIDANG ARAK, INI JAWAPAN DARIPADA BEKAS CEO
Biarpun didesak berulang-kali untuk menghentikan hidangan arak di dalam pesawat, namun Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) masih tidak mengendahkan gesaan tersebut. Minuman keras (alkohol) masih lagi dihidangkan buat penumpang.
Sudahlah ditimpa tragedi MH370 dan MH17, tetapi TIDAK langsung mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. MAS juga hampir muflis berikutan insiden itu.



JAWAPAN MENGEJUTKAN DARI BEKAS CEO MAS
Tempoh hari, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS),Datuk Idris Jalaberkata, beliau pernah diminta untuk memberikan penjelasan dari segi agama mengapa MAS terus menghidang alkohol dalam pesawat ketika beliau mengambil alih jawatan tertinggi dalam syarikat penerbangan nasional itu.

Memetik kenyataan dari portalTheHypeMedia, Idris berkata padasidang perpaduan negara semalam, seorang kakitangan di sebuah sesi dewan bandar telah meminta beliauuntuk menjelaskan mengapa syarikat penerbangan itu menghidang arak sedangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.
“Lelaki ini berdiri semasa sesi Q & A dan berkata kepada saya,

‘Boss, kita adalah sebuah negara Islam, Malaysia Airlines adalah syarikat penerbangan nasional. Kenapa kita menghidangkan alkohol dalam pesawat sedangkan Brunei dan Arab Saudi tidak berbuat demikian?

Jangan berikan alasan kerana ada pelanggan yang mahukan. Saya mahu jawapan dari segi agama daripada anda,’

Idris berkata, beliau mengambil mikrofon dan memberitahu lelaki itu bahawa beliau akan memberikan jawapan dari segi agama tetapi mahu lelaki itu menjawab dua soalan pertamanya.
“Saya bertanya kepadanya, ‘Adakah kamu percaya bahawa Allah Maha Berkuasa, dan dia boleh berbuat apa-apa yang dia mahukan dengan KuasaNya? Lelaki itu membalas ‘Ya’.

“Kemudian saya bertanya kepadanya lagi, ‘Adakah anda percaya bahawa Tuhan tidak sukakan dosa dan tidak sukakan alkohol?’ Dia sekali lagi menjawab ‘Ya, Allah tak suka alkohol’.
“Saya berkata, ‘Jika anda berkata Allah Maha Berkuasa, tidak suka dosa, mengapa Dia tidak menggunakan kuasanya utuk menghapuskan dosa dan alkohol?’.

“Dan saya memberitahunya saya akan memberikan jawapan itu dan saya berkata, ‘Ia adalah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Adil, Dia memberikan kita kebebasan untuk memilih berbuat dosa atau tidak, minum atau tidak dan itu adalah konsep Tuhan.

“Jika anda fikir bahawa Allah sahaja berkuasa, maka Dia hanyalah ada Kuasa. Dia akan gunakan kuasanya untuk menghapuskan semua dosa. Maka kita semua tidak akan membuat dosa tetapi Allah bukanlah Tuhan yang memaksa orang,” katanya.

Perbualan menarik itu menerima tepukan gemuruh dari kakitangan MAS termasuklah lelaki yang bertanyakan soalan itu tadi.


“Dia berkata, “Boss, saya rasa saya bersetuju dengan anda. Mungkin sekarang anda boleh meletakkan nota di menu dan mengatakan menu itu tidak halal,’,” kata Idris kepada penonton persidangan itu semalam.


Friday 18 September 2015

GAMBAR :: Pasangan KEKASIH Tayang gambar PELUK CIUM di instagram.. ASTAGHFIRULLAH

Bila dah terlampau bebas bergaul, ramai remaja semakin tersimpang jauh dari akidah dah. Buat maksiat dah jadi trend lepas tu di kongsi pula gambar-gambar ‘panas’ dimedia sosial. Bagi diorang tu semua normal dan tanpa segan silu buat maksiat!

Buat benda terkutuk dah confirm dosa tu bergunung-ganang akan ditanggung, ni kan lebih-lebih pula di kongsi dengan orang ramai di media sosial. Tak tau malu la!!!


Pasangan ni bangga buat maksiat secara terang-terangan, siap update kat mana diorang ada! Gambar cium mulut tu intro aje dan saje nak kongsi dengan orang ramai yang diorang baru nak start ‘beradu asamara’. Bodoh betul!



[KURANG AJAR] Mak Cik Tua Melayu DIHINA Lelaki India dengan KATA_KATA tidak sopan.!



memang semua orang tau tempat yang ada thempark & dia agak sejuk di Malaysia sebab dia atas bukit walau tak bersalji. Nak pergi sana elok la sediakan sweater. Tapi ada je orang rilex pergi genting dengan short pans & singlet. Maybe kulit dia tebal. Lemak dia pun tebal. Kita yang macam kulit dengan tulang (aku ke tu? hahaha) tak payah la nak ala2 berbikini sangat la ke genting.


Aku selalu pergi genting balik hari je. Almaklum la tempat yang tak berapa jauh dari KL ni laki aku bukan nak bermalam sangat. Lagipun genting bagi aku bukan ada apa sangat selain meriah dengan tempat permainan & judi jer. Pernah sekali try naik Roller Coster kat situ.. sumpah taknak naik dah. Aku rela masuk rumah hantu dari naik roller coster. hahaha. walau banyak kali pun pergi genting aku rasa memang aku tak pernah pusing abis satu genting pun. 

Tapi pernah berlaku satu peristiwa yang di ceritakan oleh mak aku masa dia ikut rombongan orang kampung pergi genting highland. Tapi benda ni dah lama berlaku la. Tetiba teringat so boleh la aku story kat sini. Biasa la rombongan macam tu kebanyakkan orang tua je la excited nak pergi kan. Orang tua2 ni faham2 je la... ada yang memang fobia nak guna escalator. Bila terpaksa guna escalator mula riuh rendah masing2 pegang aku kau la takut. Bila dalam keadaan panik macam tu.. seorang makcik ni yang takut sangat nak naik escalator mengelebah pegang makcik aku. Sebab badan dia besar & makcik aku sekeping jer. Kurus keding, makcik aku jadi hilang imbangan maka depa dua2 jatuh. Makcik aku patah tangan. Dalam keadaan kelam kabut macam tu kebetulan ada india mana entah la.. tengok sambil mengumpat dalam bahasa tamil. Bukan main lagi dia hina.. lebih kurang macam ni la ayat dia di translate dalam melayu. Datang dari hutan mana entah naik escalator pun tak reti. Agak kurang ajar jugak la sebab orang jatuh dari escalator cedera bagai dia datang herdik macam tu nak2 lagi yang jatuh tu orang tua bukan mat rempit jatuh motor masa lumba haram. Memang silap la cakap depan mak aku. Mak aku memang fasih bahasa tamil. Tengok movie tamil tak payah subtitle. Aku tak ingat apa mak aku sound dia balik dalam bahasa tamil tapi dengar mak aku cakap tamil dengan muka mak aku yang pure melayu tu tersentap dia. Diam & blah terus.



Moral of the story.. Ini Malaysia beb! Ada berbilang kaum & bahasa. Tak mustahil ada jer bangsa lain yang faham bahasa dari bangsa lain. Bukan nak racist tapi nak pesan tak kira apa bangsa pun kita takde hak nak menghina tempat asal usul orang tu dengan mengaitkan tempat asal dia dengan sesuatu perkara buruk walaupun orang asli yang tinggal dalam hutan. Penghinaan akan menyakitkan hati sesiapa saja. Bukan kita kena jadi orang bandar & urban dulu baru kita berhak dia pandang mulia. Lelaki india yang hina orang kampung aku tu entah2 asal pun dari estate, siapa tahu. kan?? tetiba boleh duduk bandar setahun dua dah rasa macam high class sangat. Peace!


SIAPA Sebenarnya Lelaki KURANG AJAR Ini Yang Menampar Imam Masjid Negara

Kuala Lumpur – Polis mengesahkan lelaki yang terbabit menampar imam Masjid Negara hari ini adalah warganegara India.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.


“Setakat ini belum ada laporan polis dibuat oleh pihak pengadu (imam masjid negara),” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari tadi Imam Masjid Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 37, ditampar suspek yang datang dari arah belakang barisan makmum.



Difahamkan, lelaki berkenaan yang mengalami masalah mental ingin mengimamkan solat jumaat pada hari ini di Masjid Negara sebelum berlaku insiden berkenaan, lapor Harian Metro


[BONGKAR] INILAH PUNCA SEBENAR MENGAPA SUSPEK TAMPAR IMAM MASJID NEGARA.

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Berikutan kes seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara tengahhari tadi, pihak polis membuat pengesahan telah menahan seorang warganegara India yang bertanggungjawab menambar Imam terbabit.

Polis berkata suspek seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.

“Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.

“Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.


Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya.



VIDEO CCTV :: AKSI "TOK ARAB" TAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA RAKAAT PERTAMA !!


aksi ini dirakam oleh CCTV