Friday 4 September 2015

Filled Under:

SUPER SONTAN :: JIHAN MUSE BERANG AMIRREKA TANYA SOALAN KURANG AJAR.

Pengulas iringan Super Spontan All Stars, Amir Rajak Lawak atau Amirreka menghangatkan suasana program permainan secara improvisasi ini apabila bertikam lidah dengan seorang ahli kumpulan #SilatDongibab, Jihan Muse.
 Semuanya berlaku apabila Amirreka tampil dengan soalan kontroversi yang mempertikaikan persembahan Jihan Muse yang dilihat terlalu hambar sehingga mengakibatkan #SilatDongibab tewas dalam beberapa permainan spontan malam tadi.
Kerana tidak berpuas hati dengan soalan tersebut, Jihan Muse bertindak merampas mikrofon milik Amirreka dan memberi jawapan sinis sehingga mendapat tepukan gemuruh oleh para penonton.
Sebelum itu, pentas minggu kedua Super Spontan All Stars semakin menguji kepakaran para peserta apabila memaksa mereka untuk mengharungi lima permainan spontan yang sukar iaitu Sketsa Berabjad, Beku, Pemberita Berkepala 3, Cerita Sampai Kecut dan Dikir Spontan.
Menarik di minggu kedua, Ahli kumpulan #KungfuKipidap kembali bangkit selepas tewas dengan peratus undian yang cukup rendah pada minggu lalu.
Gandingan Tauke Jambu, Uqasha Senrose dan Abam Bocey dalam permainan Pemberita Kepala Tiga berjaya mencuit tumpuan penonton selepas mereka tampil dengan jalan cerita yang cukup kreatif.
Tidak terhenti di situ, #KungfuKipidap terus memberi tekanan hebat buat lawan mereka apabila gandingan Rahim R2, Johan dan Shahril Shiro berjaya mendapat undian paling tinggi.
Malah sewaktu segmen Dikir Spontan, setiap ahli kumpulan #SilatDongibab berjaya menghiburkan para penonton dengan lirik spontan yang  menarik dan tidak membosankan.
Persembahan mereka akhirnya terbukti mendapat perhatian para penonton selepas hos Dato’ AC Mizal mengumumkan #KungfuKipidap berjaya menewaskan kumpulan #SilatDongibab dengan 52 peratus.
Walau bagaimanapun ahli kumpulan #SilatDongibab boleh menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran yang berlaku sekaligus memberi peluang kedua buat mereka kembali menyusun strategi untuk kembali merampas kemenangan terhadap #KungfuKipidap.
Jangan lupa untuk terus menghantarkan undian anda di www.superspontanallstar.com.my untuk menentukan kumpulan mana lebih layak untuk kekal menguasai pentas Super Spontan All Stars sehingga ke peringkat akhir.
Super Spontan All Stars yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam bermula 28 Ogos 2015 secara eksklusif di Astro Warna (132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (134).
Sementara Hanif, Ray Era dan Afdlin Shauki sebagai  pengulas dan Amir Raja Lawak kekal sebagai pengulas iringan.




0 comments:

Post a Comment