Thursday, 17 September 2015

Filled Under:

[ SULIT & GEMPAR ] LELAKI AMERIKA ini dedah dan bongkar SISTEM DAJJAL untuk menghancurkan UMAT ISLAM !!


Untuk para pemerhati nubuwat akhir zaman sekarang ini, nama Ahmad Thomson tentu tidak asing lagi. Bukunya “Sistem Dajjal” menjadi salah satu buku pegangan “wajib” bagi umat Islam yang ingin mengetahui konspirasi tangan-tangan besar penguasa dunia. Ia begitu fasih memaparkan fenomena-fenomena akhir zaman. Tak disangka mungkin kalau Ahmad Thomson sebenarnya adalah seorang mualaf.

Ahmad Thomson masuk Islam 38 tahun lalu. Dilahirkan di Rhodesia Utara (sekarang Zambia), Thomson menempuh pendidikan dasar serta menengahnya di Rhodesia Selatan (sekarang Zimbabwe). Masa awal hidupnya, ia lalui di daerah-daerah terpencil Afrika yang kala itu belum tersentuh peradaban moden, seperti elektrik, gas, dan saluran air bersih.

Sejak remaja, Thomson merasa tidak puas pada ajaran Kristian. Ia mula mempersoalkan banyak perkara seperti, “Jika setiap manusia itu sama di hadapan Tuhan, lalu mengapa kaum Afrika kulit putih seperti dia harus beribadah di gereja yang berbeza dengan kaum kulit hitam?”

Soalan lain yang kerap mengganggunya sebagai penganut Kristian adalah soal ketuhanan Isa. “Jika Yesus adalah Tuhan, kepada siapa dahulu ia berdoa? Jika Yesus adalah Tuhan dan disalib, lalu siapa yang menyara syurga dan dunia? Soalan itu tak pernah terjawab selama aku memeluk ajaran Kristian, “ujar lulusan Exeter University, Inggeris, ini.

Ketika berusia 12 tahun, Thomson sampai pada satu titik di mana ia mempercayai Tuhan dan Isa. “Hanya saja, aku tidak yakin pada gereja.” Terhenti pada berbagai soalan itu, Thomson mulai membaca apa pun dan memikirkan kehidupan yang dijalaninya sejauh itu. Ia mengunjungi pelbagai kumpulan spiritual dan cuba meditasi selama beberapa bulan. “Itu menenangkan, tapi sama sekali tak mengubah gaya hidup saya.”

Hingga akhirnya, Thomson bertemu Syeikh Abdalqadir as-Sufi (tokoh tarbiyah, pengasas Gerakan Dunia “Murabitun”). Pertemuan itu menjadi awal perkenalannya dengan Islam, agama yang tak pernah terpikirkan oleh Thomson sebelumnya.

Ketika berbicara dengan Syeikh Abdalqadir dan mendengar pelbagai perkara yang disampaikannya, Thomson merasa telah mencari jalan yang ia perlukan. “Sejak itu, perlahan saya mencari jawapan atas semua soalan yang memenuhi fikiran,” katanya. Thomson pun rutin mengunjungi pusat kajian Islam Syekh Abdalqadir. Ia juga membaca The Book of Stranger yang ditulis Sang Syeikh.

Thomson mengikrrakan syahadat pada 13 Ogos 1973. Empat tahun kemudian, ia berhaji empat. Setelah pulang dari haji, ia menyelesaikan latihannya sebagai peguam. Lalu, pada 26 Julai 1979, ia dipanggil ke Mahkamah England & Wales dan mula meniti kerjaya di bidang advokasi dan undang-undang Islam.

Thomson meyakini cara terbaik mengamalkan ajaran Islam adalah memahami dan meneladani sumbernya, yakni Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW. “Seperti pepatah yang mengatakan bahawa semakin dekat kita pada sumber mata air, semakin murni air yang kita minum,” ujar lelaki kelahiran Afrika ini.

Pemilik nama kecil Martin Thomson ini sekarang dikenali sebagai peguam terkemuka di Inggeris. Ia juga mengetuai Wynne Chambers, badan undang-undang Islam yang didirikannya pada 1994.
Thomson pertama kali memperoleh perhatian awam pada 2001, kini tampil dalam sebuah filem dokumentari berjudul My Name is Ahmed yang menyabet sebuah penghargaan. Ia pun tampil di filem dokumentari lain, Prince Naseem ‘s Guide to Islam. Kedua-dua filem itu ditayangkan di BBC2 pada Ogos 2001. Selepas itu, wajahnya kerap mewarnai layar kaca dalam pelbagai program, terutamanya program-program Islam.


Kini, hari-harinya diisi dengan aneka kegiatan keislaman, mulai dari memberikan ceramah rutin tentang Islam di berbagai wilayah di Inggeris, menulis untuk Jurnal al-Kala, sampai menjadi penyumbang tetap dalam persidangan lintas agama yang digelar setiap tahun di Masjid Regents Park dan Pusat Kebudayaan . Beberapa buku karyanya yang cukup menggemparkan dan sangat sukar dicari terjemahannya, buku yang membongkar apa dan bagaimana konspirasi Yahudi di dunia ini yang berjudul Dajjal the Anti Christ.




0 comments:

Post a Comment