SUBANG JAYA: Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kerana kaitannya dengan kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata setakat ini polis belum dapat memastikan sama ada motif pembunuhan sama ada dendam atau sebaliknya.
“Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.
“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya pada sidang sidang media di USJ 1 pada Rabu.
Mayat kevin ditemui selepas kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat mendiang yang dimampatkan dalam konkrit dan dicampak di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu.
Mayat ditemui oleh unit penyelam pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil dalam operasi mencari.
Mayat yang dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sebelum ini, Kevin terbabit dengan pendakwaan rasuah ke atas Ketua Makmal Patologi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr. Kunaseegaran a/l Ragavabaidu, 50 tahun.
Dia dituduh melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000.
0 comments:
Post a Comment