Tuesday, 15 September 2015
Filled Under:
Kesihatan
Nazim Othman Kongsi Gambar MENAKUTKAN Kepalanya di jahit Selepas Pembedahan Ketumbuhan Otak
Posted By:
Kekanda
on 08:02
Nazim Othman Kongsi Gambar MENAKUTKAN Kepalanya di jahit Selepas Pembedahan Ketumbuhan Otak
Pernah melalui saat sukar ketika wujudnya ketumbuhan di antara mata kanan dan di atas hidungya sehingga ia perlu dibedah pada awal tahun lepas, ia sama sekali telah mengubah Nazim Othman untuk menjadi seorang insan yang lebih baik kini.
Itu merupakan ujian terberat dalam hidup saya setakat ini. Fasa itu buatkan saya sedar banyak benda, menjadikan saya tidak takut untuk berhadapan apa saja kemungkinan. Saya hanya takut Dia. Tapi saya masih ada hormat dekat orang, dulu saya ada rasa takut-takut juga dengan orang. Saya lebih relaks dan menghargai kehidupan.
Apabila saya sakit awal tahun ini, benda itu buat saya makin tenang, tak kisah dengan apa yang mendatang. Saya percaya kepada setiap yang datang itu sebagai ketentuan Tuhan untuk kita semua. Jadi secara automatiknya perasaan nak cepat marah itu tak ada dah. Saya jadi lebih positif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment