Saturday 19 September 2015

GAMBAR:: PUNCA Lelaki ini diliwat 20 Banduan di Penjara Memang buat Anda Nak MUNTAH !!

SEORANG  jurulatih seni mempertahankan diri di Brazil menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya memukul, meliwat dan membunuh anak tirinya apabila dia pula yang diliwat dan dibelasah oleh 20 banduan lain di penjara.

Daryell Dickson Meneses Xavier mengalami kecederaan parah di seluruh tubuhnya terutama di bahagian dubur akibat perbuatan ganas para banduan itu.

Lebih sadis, selepas dia pulih dari kecederaannya, dia sekali lagi ‘dikerjakan’ oleh banduan tersebut yang bertindak mengoyakkan jahitan pada bahagian duburnya dan meliwatnya buat kali kedua.

“Tompokan darah pada seluar yang dipakai Daryell membuktikan betapa dia menderita dengan keganasan para banduan itu,” menurut sumber.

Kejadian itu kini menjadi buah mulut ramai sehingga mecetuskan perdebatan sama ada ia setimpal dengan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini.


Namun, ramai yang bersetuju dengan menyifatkan Daryell bernasib baik kerana sekurang-kurangnya dia tidak dibunuh seperti anak tirinya.




ISU HIDANG ARAK DALAM PESAWAT. JAWAPAN BEKAS CEO MAS INI MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA !!

MAS MASIH HIDANG ARAK, INI JAWAPAN DARIPADA BEKAS CEO
Biarpun didesak berulang-kali untuk menghentikan hidangan arak di dalam pesawat, namun Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) masih tidak mengendahkan gesaan tersebut. Minuman keras (alkohol) masih lagi dihidangkan buat penumpang.
Sudahlah ditimpa tragedi MH370 dan MH17, tetapi TIDAK langsung mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. MAS juga hampir muflis berikutan insiden itu.



JAWAPAN MENGEJUTKAN DARI BEKAS CEO MAS
Tempoh hari, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS),Datuk Idris Jalaberkata, beliau pernah diminta untuk memberikan penjelasan dari segi agama mengapa MAS terus menghidang alkohol dalam pesawat ketika beliau mengambil alih jawatan tertinggi dalam syarikat penerbangan nasional itu.

Memetik kenyataan dari portalTheHypeMedia, Idris berkata padasidang perpaduan negara semalam, seorang kakitangan di sebuah sesi dewan bandar telah meminta beliauuntuk menjelaskan mengapa syarikat penerbangan itu menghidang arak sedangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.
“Lelaki ini berdiri semasa sesi Q & A dan berkata kepada saya,

‘Boss, kita adalah sebuah negara Islam, Malaysia Airlines adalah syarikat penerbangan nasional. Kenapa kita menghidangkan alkohol dalam pesawat sedangkan Brunei dan Arab Saudi tidak berbuat demikian?

Jangan berikan alasan kerana ada pelanggan yang mahukan. Saya mahu jawapan dari segi agama daripada anda,’

Idris berkata, beliau mengambil mikrofon dan memberitahu lelaki itu bahawa beliau akan memberikan jawapan dari segi agama tetapi mahu lelaki itu menjawab dua soalan pertamanya.
“Saya bertanya kepadanya, ‘Adakah kamu percaya bahawa Allah Maha Berkuasa, dan dia boleh berbuat apa-apa yang dia mahukan dengan KuasaNya? Lelaki itu membalas ‘Ya’.

“Kemudian saya bertanya kepadanya lagi, ‘Adakah anda percaya bahawa Tuhan tidak sukakan dosa dan tidak sukakan alkohol?’ Dia sekali lagi menjawab ‘Ya, Allah tak suka alkohol’.
“Saya berkata, ‘Jika anda berkata Allah Maha Berkuasa, tidak suka dosa, mengapa Dia tidak menggunakan kuasanya utuk menghapuskan dosa dan alkohol?’.

“Dan saya memberitahunya saya akan memberikan jawapan itu dan saya berkata, ‘Ia adalah kerana Allah adalah Tuhan yang Maha Adil, Dia memberikan kita kebebasan untuk memilih berbuat dosa atau tidak, minum atau tidak dan itu adalah konsep Tuhan.

“Jika anda fikir bahawa Allah sahaja berkuasa, maka Dia hanyalah ada Kuasa. Dia akan gunakan kuasanya untuk menghapuskan semua dosa. Maka kita semua tidak akan membuat dosa tetapi Allah bukanlah Tuhan yang memaksa orang,” katanya.

Perbualan menarik itu menerima tepukan gemuruh dari kakitangan MAS termasuklah lelaki yang bertanyakan soalan itu tadi.


“Dia berkata, “Boss, saya rasa saya bersetuju dengan anda. Mungkin sekarang anda boleh meletakkan nota di menu dan mengatakan menu itu tidak halal,’,” kata Idris kepada penonton persidangan itu semalam.


Friday 18 September 2015

GAMBAR :: Pasangan KEKASIH Tayang gambar PELUK CIUM di instagram.. ASTAGHFIRULLAH

Bila dah terlampau bebas bergaul, ramai remaja semakin tersimpang jauh dari akidah dah. Buat maksiat dah jadi trend lepas tu di kongsi pula gambar-gambar ‘panas’ dimedia sosial. Bagi diorang tu semua normal dan tanpa segan silu buat maksiat!

Buat benda terkutuk dah confirm dosa tu bergunung-ganang akan ditanggung, ni kan lebih-lebih pula di kongsi dengan orang ramai di media sosial. Tak tau malu la!!!


Pasangan ni bangga buat maksiat secara terang-terangan, siap update kat mana diorang ada! Gambar cium mulut tu intro aje dan saje nak kongsi dengan orang ramai yang diorang baru nak start ‘beradu asamara’. Bodoh betul!



[KURANG AJAR] Mak Cik Tua Melayu DIHINA Lelaki India dengan KATA_KATA tidak sopan.!



memang semua orang tau tempat yang ada thempark & dia agak sejuk di Malaysia sebab dia atas bukit walau tak bersalji. Nak pergi sana elok la sediakan sweater. Tapi ada je orang rilex pergi genting dengan short pans & singlet. Maybe kulit dia tebal. Lemak dia pun tebal. Kita yang macam kulit dengan tulang (aku ke tu? hahaha) tak payah la nak ala2 berbikini sangat la ke genting.


Aku selalu pergi genting balik hari je. Almaklum la tempat yang tak berapa jauh dari KL ni laki aku bukan nak bermalam sangat. Lagipun genting bagi aku bukan ada apa sangat selain meriah dengan tempat permainan & judi jer. Pernah sekali try naik Roller Coster kat situ.. sumpah taknak naik dah. Aku rela masuk rumah hantu dari naik roller coster. hahaha. walau banyak kali pun pergi genting aku rasa memang aku tak pernah pusing abis satu genting pun. 

Tapi pernah berlaku satu peristiwa yang di ceritakan oleh mak aku masa dia ikut rombongan orang kampung pergi genting highland. Tapi benda ni dah lama berlaku la. Tetiba teringat so boleh la aku story kat sini. Biasa la rombongan macam tu kebanyakkan orang tua je la excited nak pergi kan. Orang tua2 ni faham2 je la... ada yang memang fobia nak guna escalator. Bila terpaksa guna escalator mula riuh rendah masing2 pegang aku kau la takut. Bila dalam keadaan panik macam tu.. seorang makcik ni yang takut sangat nak naik escalator mengelebah pegang makcik aku. Sebab badan dia besar & makcik aku sekeping jer. Kurus keding, makcik aku jadi hilang imbangan maka depa dua2 jatuh. Makcik aku patah tangan. Dalam keadaan kelam kabut macam tu kebetulan ada india mana entah la.. tengok sambil mengumpat dalam bahasa tamil. Bukan main lagi dia hina.. lebih kurang macam ni la ayat dia di translate dalam melayu. Datang dari hutan mana entah naik escalator pun tak reti. Agak kurang ajar jugak la sebab orang jatuh dari escalator cedera bagai dia datang herdik macam tu nak2 lagi yang jatuh tu orang tua bukan mat rempit jatuh motor masa lumba haram. Memang silap la cakap depan mak aku. Mak aku memang fasih bahasa tamil. Tengok movie tamil tak payah subtitle. Aku tak ingat apa mak aku sound dia balik dalam bahasa tamil tapi dengar mak aku cakap tamil dengan muka mak aku yang pure melayu tu tersentap dia. Diam & blah terus.



Moral of the story.. Ini Malaysia beb! Ada berbilang kaum & bahasa. Tak mustahil ada jer bangsa lain yang faham bahasa dari bangsa lain. Bukan nak racist tapi nak pesan tak kira apa bangsa pun kita takde hak nak menghina tempat asal usul orang tu dengan mengaitkan tempat asal dia dengan sesuatu perkara buruk walaupun orang asli yang tinggal dalam hutan. Penghinaan akan menyakitkan hati sesiapa saja. Bukan kita kena jadi orang bandar & urban dulu baru kita berhak dia pandang mulia. Lelaki india yang hina orang kampung aku tu entah2 asal pun dari estate, siapa tahu. kan?? tetiba boleh duduk bandar setahun dua dah rasa macam high class sangat. Peace!


SIAPA Sebenarnya Lelaki KURANG AJAR Ini Yang Menampar Imam Masjid Negara

Kuala Lumpur – Polis mengesahkan lelaki yang terbabit menampar imam Masjid Negara hari ini adalah warganegara India.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.


“Setakat ini belum ada laporan polis dibuat oleh pihak pengadu (imam masjid negara),” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari tadi Imam Masjid Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 37, ditampar suspek yang datang dari arah belakang barisan makmum.



Difahamkan, lelaki berkenaan yang mengalami masalah mental ingin mengimamkan solat jumaat pada hari ini di Masjid Negara sebelum berlaku insiden berkenaan, lapor Harian Metro


[BONGKAR] INILAH PUNCA SEBENAR MENGAPA SUSPEK TAMPAR IMAM MASJID NEGARA.

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Berikutan kes seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara tengahhari tadi, pihak polis membuat pengesahan telah menahan seorang warganegara India yang bertanggungjawab menambar Imam terbabit.

Polis berkata suspek seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.

“Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.

“Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.


Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya.



VIDEO CCTV :: AKSI "TOK ARAB" TAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA RAKAAT PERTAMA !!


aksi ini dirakam oleh CCTV



VIDEO PANAS :: Imam MASJID NEGARA ditampar oleh Orang Arab ketika solat JUMAAT tadi. Tok Arab mengamuk !!







Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 Masjid, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.



[5 FOTO] NGERI ! Foto Mayat David Morais Tersebar ! Sangat Menyayat Hati ! Sanggup mereka bunuh sebegini

Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1, pagi ini. 

Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin. 

Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi.

Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.


Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 







Thursday 17 September 2015

70 DOSA BESAR YANG ANDA TIDAK KETAHUI . NO 16 TU DOSA YANG ANDA TIDAK PERNAH TERFIKIR LANGSUNG !!

70 Senarai Dosa Besar

Setiap hari hidup kita tidak akan terlepas dari catatan malaikat yang sentiasa mengawasi kita. Firman Allah:

“Dan sesungguhnya bagi kamu ada (Malaikat-malaikat yang mengawasi (pekerjaanmu).  Yang mulia (disisi Allah}) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan” [Al-Infitar: 10-12].


Mengikut Imam Azzahabiyy dalam kitabnya “Al-Kabaair” beliau cuba menghimpunkan jenis-jenis dosa besar sebanyak 70 perkara:

1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
2. Bersaksi palsu
3. Berjudi
4. Bersumpah palsu dan bohong
5. Berbohong
6. Bergambar di baju (bila solat)
7. Berperempuan pelacur
8. Berbuat buruk terhadap yang lemah
9. Berdebat dan memusuhi
10.Bersifat dayus
11. Bercakap kasar dengan orang tua
12. Dusta nama Allah dan RasulNya
13. Derhaka pada suaminya
14. Derhaka pada hamba Allah anggap baik dirinya
15. Hakim derhaka
16. Homosex (seagama sejenis)
17. Kurang timbangan
18. Lari seorang hamba dari tuannya
19. Lelaki menyerupai wanita
20. Lari dari medan perang di jalan Allah
21. Membunuh manusia
22. Membunuh diri sendiri
23. Mengamalkan sihir
24. Meninggalkan solat lima waktu
25. Meninggalkan solat jumaat
26. Menderhaka kepada ibu bapa
27. Memutuskan hubungan silaturahim
28. Melakukan zina
29. Makan harta anak yatim secara tidak betul
30. Makan dari kekayaan yang haram
31. Memberi rasuah dan mengambil rasuah
32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33. Makan riba
34. Minum arak
35. Mencuri
36. Merompak
37. Melakukan kezaliman
38. Melakukan pengkhianatan
39. Menyebut-nyebut pemberian
40. Mengingkari janji
41. Memfitnah
42. Mengutuk orang Islam
43. Merasa aman dari kemurkaan Allah
44. Menipu harta rampasan
45. Melampui batas
46. Menuduh zina terhadap orang baik
47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48. Mempercayai nujum dan sihir
49. Menjadi bapa sanggup
50. Mencari kesalahan orang lain
51. Menganggu orang lain
52. Menganggu tetangga
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang
55. Mencaci sahabat-sahabat Nabi
56. Mengurangi wasiat
57. Meningkari takdir
58. Putus asa dari rahmat Allah
59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat
60. Riak mempamerkan diri
61. Sombong serta angkuh
62. Sembelih untuk selain Allah
63. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
64. Tidak mengeluarkan zakat
65. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
66. Tidak haji jika mampu
67. Tidak beristibrak kencing
68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
69. Tipu daya

70. Wanita menyerupai lelaki


"SIAPA YANG MENCIPTAKAN ALLAH? " Pemuda ini beri jawaban yang mengejutkan umat Islam SELURUH DUNIA !!


Ada seorang Atheis yang memasuki sebuah masjid, dia mengajukan 3 pertanyaan yang hanya boleh dijawab dengan akal. Artinya tidak boleh dijawab dengan dalil, karena dalil itu hanya dipercaya oleh pengikutnya, jika menggunakan dalil (naqli) maka justru diskusi ini tidak akan menghasilkan apa-apa...

Pertanyaan atheis itu adalah:

1. Siapa yang menciptakan Allah?? Bukankah semua yang ada di dunia ada karena ada penciptanya?? Bagaimana mungkin Allah ada jika tidak ada penciptanya??

2. Bagaimana caranya manusia bisa makan dan minum tanpa buang air?? Bukankah itu janji Allah di Syurga?? Jangan pakai dalil, tapi pakai akal....

3. Ini pertanyaan ketiga, kalau iblis itu terbuat dari Api, lalu bagaimana bisa Allah menyiksanya di dalam neraka?? Bukankah neraka juga dari api??

Tidak ada satupun jamaah yang bisa menjawab, kecuali seorang pemuda.

Pemuda itu menjawab satu per satu pertanyaan sang atheis :

1. Apakah engkau tahu, dari angka berapakah angka 1 itu berasal?? Sebagaimana angka 2 adalah 1+1 atau 4 adalah 2+2?? Atheis itu diam membisu..

"Jika kamu tahu bahwa 1 itu adalah bilangan tunggal. Dia bisa mencipta angka lain, tapi dia tidak tercipta dari angka apapun, lalu apa kesulitanmu memahami bahwa Allah itu Zat Maha Tunggal yg Maha mencipta tapi tidak bisa diciptakan??"

2. Saya ingin bertanya kepadamu, apakah kita ketika dalam perut ibu kita semua makan? Apakah kita juga minum? Kalau memang kita makan dan minum, lalu bagaimana kita buang air ketika dalam perut ibu kita dulu?? Jika anda dulu percaya bahwa kita dulu makan dan minum di perut ibu kita dan kita tidak buang air didalamnya, lalu apa kesulitanmu mempercayai bahwa di Syurga kita akan makan dan minum juga tanpa buang air??

3. Pemuda itu menampar sang atheis dengan keras. Sampai sang atheis marah dan kesakitan. Sambil memegang pipinya, sang atheis-pun marah-marah kepada pemuda itu, tapi pemuda itu menjawab : "Tanganku ini terlapisi kulit, tanganku ini dari tanah..dan pipi anda juga terbuat dari kulit dari tanah juga..lalu jika keduanya dari kulit dan tanah, bagaimana anda bisa kesakitan ketika saya tampar?? Bukankah keduanya juga tercipta dari bahan yang sama, sebagaimana Syetan dan Api neraka??

Sang athies itu ketiga kalinya terdiam...

Sahabat, pemuda tadi memberikan pelajaran kepada kita bahwa tidak semua pertanyaan yang terkesan mencela/merendahkan agama kita harus kita hadapi dengan kekerasan. Dia menjawab pertanyaan sang atheis dengan cerdas dan bernas, sehingga sang atheis tidak mampu berkata-kata lagi atas pertanyaannya..

Itulah pemuda yang Islami, pemuda yang berbudi tinggi, berpengetahuan luas, berfikiran bebas...tapi tidak liberal... tetap terbingkai manis dalam indahnya Aqidah...


Ada yang berkata bahwa pemuda itu adalah Imam Abu Hanifah muda. Rahimahullahu Ta'ala...



[ SULIT & GEMPAR ] LELAKI AMERIKA ini dedah dan bongkar SISTEM DAJJAL untuk menghancurkan UMAT ISLAM !!


Untuk para pemerhati nubuwat akhir zaman sekarang ini, nama Ahmad Thomson tentu tidak asing lagi. Bukunya “Sistem Dajjal” menjadi salah satu buku pegangan “wajib” bagi umat Islam yang ingin mengetahui konspirasi tangan-tangan besar penguasa dunia. Ia begitu fasih memaparkan fenomena-fenomena akhir zaman. Tak disangka mungkin kalau Ahmad Thomson sebenarnya adalah seorang mualaf.

Ahmad Thomson masuk Islam 38 tahun lalu. Dilahirkan di Rhodesia Utara (sekarang Zambia), Thomson menempuh pendidikan dasar serta menengahnya di Rhodesia Selatan (sekarang Zimbabwe). Masa awal hidupnya, ia lalui di daerah-daerah terpencil Afrika yang kala itu belum tersentuh peradaban moden, seperti elektrik, gas, dan saluran air bersih.

Sejak remaja, Thomson merasa tidak puas pada ajaran Kristian. Ia mula mempersoalkan banyak perkara seperti, “Jika setiap manusia itu sama di hadapan Tuhan, lalu mengapa kaum Afrika kulit putih seperti dia harus beribadah di gereja yang berbeza dengan kaum kulit hitam?”

Soalan lain yang kerap mengganggunya sebagai penganut Kristian adalah soal ketuhanan Isa. “Jika Yesus adalah Tuhan, kepada siapa dahulu ia berdoa? Jika Yesus adalah Tuhan dan disalib, lalu siapa yang menyara syurga dan dunia? Soalan itu tak pernah terjawab selama aku memeluk ajaran Kristian, “ujar lulusan Exeter University, Inggeris, ini.

Ketika berusia 12 tahun, Thomson sampai pada satu titik di mana ia mempercayai Tuhan dan Isa. “Hanya saja, aku tidak yakin pada gereja.” Terhenti pada berbagai soalan itu, Thomson mulai membaca apa pun dan memikirkan kehidupan yang dijalaninya sejauh itu. Ia mengunjungi pelbagai kumpulan spiritual dan cuba meditasi selama beberapa bulan. “Itu menenangkan, tapi sama sekali tak mengubah gaya hidup saya.”

Hingga akhirnya, Thomson bertemu Syeikh Abdalqadir as-Sufi (tokoh tarbiyah, pengasas Gerakan Dunia “Murabitun”). Pertemuan itu menjadi awal perkenalannya dengan Islam, agama yang tak pernah terpikirkan oleh Thomson sebelumnya.

Ketika berbicara dengan Syeikh Abdalqadir dan mendengar pelbagai perkara yang disampaikannya, Thomson merasa telah mencari jalan yang ia perlukan. “Sejak itu, perlahan saya mencari jawapan atas semua soalan yang memenuhi fikiran,” katanya. Thomson pun rutin mengunjungi pusat kajian Islam Syekh Abdalqadir. Ia juga membaca The Book of Stranger yang ditulis Sang Syeikh.

Thomson mengikrrakan syahadat pada 13 Ogos 1973. Empat tahun kemudian, ia berhaji empat. Setelah pulang dari haji, ia menyelesaikan latihannya sebagai peguam. Lalu, pada 26 Julai 1979, ia dipanggil ke Mahkamah England & Wales dan mula meniti kerjaya di bidang advokasi dan undang-undang Islam.

Thomson meyakini cara terbaik mengamalkan ajaran Islam adalah memahami dan meneladani sumbernya, yakni Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW. “Seperti pepatah yang mengatakan bahawa semakin dekat kita pada sumber mata air, semakin murni air yang kita minum,” ujar lelaki kelahiran Afrika ini.

Pemilik nama kecil Martin Thomson ini sekarang dikenali sebagai peguam terkemuka di Inggeris. Ia juga mengetuai Wynne Chambers, badan undang-undang Islam yang didirikannya pada 1994.
Thomson pertama kali memperoleh perhatian awam pada 2001, kini tampil dalam sebuah filem dokumentari berjudul My Name is Ahmed yang menyabet sebuah penghargaan. Ia pun tampil di filem dokumentari lain, Prince Naseem ‘s Guide to Islam. Kedua-dua filem itu ditayangkan di BBC2 pada Ogos 2001. Selepas itu, wajahnya kerap mewarnai layar kaca dalam pelbagai program, terutamanya program-program Islam.


Kini, hari-harinya diisi dengan aneka kegiatan keislaman, mulai dari memberikan ceramah rutin tentang Islam di berbagai wilayah di Inggeris, menulis untuk Jurnal al-Kala, sampai menjadi penyumbang tetap dalam persidangan lintas agama yang digelar setiap tahun di Masjid Regents Park dan Pusat Kebudayaan . Beberapa buku karyanya yang cukup menggemparkan dan sangat sukar dicari terjemahannya, buku yang membongkar apa dan bagaimana konspirasi Yahudi di dunia ini yang berjudul Dajjal the Anti Christ.


TERBONGKAR !! CARA SEBENAR UNTUK TENGOK LELAKI MASIH TERUNA ATAU TIDAKK !!

Antara ciri-ciri lelaki yang masih teruna ialah :


 Mempunyai Perut Yang Mendatar

Lelaki yang masih teruna mempunyai bentuk perut yang mendatar jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang telah hilang teruna atau berkahwin. Ini kerana jika seseorang sering melakukan hubungan seks bentuk perut mereka akan berubah menjadi buncit.

Mempunyai Punggung Yang Berisi

Bahagian punggung seorang teruna kelihatan berat dan berisi. Mereka yang sudah pernah melakukan hubungan seks akan membuatkan punggung mereka tidak kelihatan atau setidaknya tidak berisi seperti saat masih teruna.

Mempunyai Kelopak Mata Yang Cerah

Di bahagian bawah kelopak mata seorang teruna adalah cerah. Ini disebabkan mereka tidak mengeluarkan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti masturbasi. Sebaliknya jejaka yang sudah tidak teruna memiliki kelopak mata berbentuk cekung dan berwarna kehitaman kerana tenaga dalam tubuh yang keluar semasa aktiviti masturbasi.

Mempunyai Perasaan Ghairah Yang Terpendam

Seorang jejaka yang tak pernah melakukan hubungan seks dengan wanita kebiasaannya memiliki perasaan ghairah yang terpendam. Biasanya selepas bangun tidur di pagi hari alat kemaluannya akan 'bangun'. Seseorang yang masih teruna akan sering mimpi basah dan jejaka yang sudah tidak teruna tidak akan pernah mengalami mimpi seperti itu lagi.

Suka Melihat Wanita Cantik

Lelaki teruna suka melihat perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat pada tubuh wanita. Apabila lelaki teruna bertentang mata dengan wanita cantik, dia akan segera mengalihkan pandangannya berbanding lelaki tak teruna mengekalkan pandangannya.

Malu Untuk Becakap Dengan Wanita Cantik


Apabila berjumpa dengan wanita cantik, lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku. Dia akan menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.


PANAS!! Anak Luah Rasa BENGANG ! Mak Bapak Ditipu Penganjur Untuk Sertai Perhimpunan Merah


Semalam, perhimpunan ‘baju merah’ telah dijalankan bagi melawan semula Bersih 4.0. Tidak kurang hebatnya juga perhimpunan baju merah ini. Ramai juga yang berpusu-pusu membanjiri ibu kota semalam.

Namun, ada perkara yang terjadi disebalik kemeriahan perhimpunan tersebut. Difahamkan, segelintir daripada mereka yang menyertai perhimpunan merupakan orang kampung yang telah ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, mangsa merupakan orang-orang tua yang dipercayai ingin ke ibu kota kerana ingin menyambut hari Malaysia. Namun, apabila tiba di Kuala Lumpur mereka diarahkan untuk memakai baju merah dan berarak mengelilingi kota tersebut.


Hmmm, anak manalah tak marah jika ibu bapanya dianiayai sedemikian rupa. Bayangkan jika mangsa merupakan ibu bapa kita, apa yang kita rasa?






Wednesday 16 September 2015

VIRAL 5 JUTA VIEW :: TOP TEN 10 "DARA" Paling MAHAL di DUNIA !!

Keperawanan lazimnya menjadi penanda aras bagi mengukur tahap moraliti seseorang wanita itu, namun berlainan pula dalam budaya masyarakat Barat. Dalam artikel ini, kami selongkar kisah 10 gadis yang menjual dara mereka secara rela demi menampung kos pengajian tinggi, sara hidup dan perubatan ahli keluarga.

1. Rosie Reid


Pada tahun 2004, Reid yang berusia 18 tahun ketika itu berjaya menjual keperawanannya kepada seorang jurutera berpangkat duda. Pembida itu telah membayar sebanyak £8,400 (RM50,203.13) untuk meniduri Reid.

Usai sesi bersama lelaki itu, Reid, yang sebenarnya seorang lesbian, dilaporkan menangis sepanjang hari keesokan harinya bersama kekasih songsangnya.

2. Alina Percea


Berasal daripada Romania, Percea dengan rela hati meletakkan daranya untuk dibida bagi membiayai pengajiannya dalam ijazah perkomputeran pada tahun 2009.

Gadis berusia 18 tahun itu berjaya menjual aset paling bernilainya kepada seorang lelaki warga Itali pada harga £8,800 (RM 57702.22).

Bukan sahaja itu, malah pembida berusia 45 tahun itu juga menanggung kos untuk menerbangkan Percea ke Venice.

Percea juga menjalani dua pemeriksaan perubatan untuk membuktikan bahawa dia masih dara sebelum ‘hari penting’ tersebut.

3. Shatuniha



“Saya bebas daripada habit buruk dan sedap mata memandang”, begitulah deskripsi yang ditulis gadis ini dalam iklan jual dirinya.

Dalam iklan itu, Shatuniha turut menulis bahawa dia benar-benar kesempitan wang dan memerlukan duit dengan segera.

Akhirnya, Shatuniha yang berasal daripada Siberia ini berjaya membida kegadisannya pada harga tertinggi berjumlah 900,000 rubles kepada seorang pembida yang tidak mahu dikenali.

4. Unigirl



Nekad untuk mendapatkan wang segera bagi menampung kos pengajiannya, pada tahun 2010, seorang gadis New Zealand yang hanya mahu dikenali sebagai Unigirl berjaya menjual daranya kepada pembida tertinggi dengan harga 32,000 dolar.

“Ia merupakan sesuatu yang amat tidak disangkakan,” katanya mengenai nilai bidaan tersebut.

5. Cathy Cobblerson


Cobblerson, 24, daripada Texas, Amerika Syarikat ini telah memecahkan rekod sebagai ‘dara paling mahal’ dengan nilai bidaan sebanyak USD100,000 dalam laman e-Bay.

Bagaimanapun, bidaan itu akhirnya telah ditarik balik tanpa sebab oleh pihak e-Bay.

6. Catarina Migliorini


Pada tahun 2012, siswi daripada Brazil ini telah menjual kegadisannya dengan harga USD780,000 selepas dia mengiklankan bidaan itu di dalam Internet.

Pemenangnya, seorang lelaki Jepun bernama Natsu, terpaksa bersaing sengit dengan dua orang lagi lelaki bermata keranjang sebelum berjaya untuk ‘memiliki’ Catarina yang berciri eksotik itu selama satu malam.

Walaupun dia mengiklankan daranya secara terang-terangan, namun Catarina tegaskan bahawa dia bukan seorang pelacur dan cuma berniat untuk mencetuskan impak positif dengan membina rumah kepada penduduk miskin di bandarnya dengan hasil duit tersebut.

7. Elizabeth Raine


Gadis pintar juga tak terlepas daripada mengikuti trend kurang cerdik ini. Raine, seorang pelajar jurusan perubatan, mengiklankan tawaran jual daranya melalui sebuah laman web kelolaan satu syarikat perhubungan awam yang turut menguruskan bidaan tersebut.

Bidaan itu dilakukan secara profesional dengan adanya beberapa prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pemenang sebelum melakukan hubungan seks dengan Raine.

Laman web tersebut meyediakan informasi tentang ke mana wang hasil bidaan itu disalurkan (ke sebuah badan kebajikan yang menyediakan pendidikan kepada wanita di negara-negara membangun), di samping gambar-gambar tubuh Raine dengan wajahnya dipadamkan.

8. Graciela Yataco


Model berusia 18 tahun kelahiran Peru ini terpaksa membida keperawannya bagi menanggung kos perubatan ibu serta sara hidup adik lelakinya. Niat ‘murni’ Yataco ini berjaya ditunaikan dengan jumlah USD103,000.

9. Raffaella Fico


Pada usia 20 tahun, model Itali dan bintang rancangan ‘Big Brother Italy 2008’ ini meletakkan daranya untuk dibida dengan harga tertinggi bagi membolehkan beliau membeli sebuah rumah di Rome dan untuk menampung yuran kelas lakonannya.

Fico akhirnya bersetuju untuk ditiduri oleh lelaki tidak dikenalinya dengan harga USD1.8 juta. Untung badan.

10. Natalie Dylan


Bagi membiayai ijazah sarjananya yang terlalu mahal, Dylan yang berusia 22 tahun pada tahun 2008 ini terpaksa menawarkan daranya untuk menghabiskan pengajian.


Iklan Dylan membuahkan hasil lumayan apabila daranya telah dibida dengan harga USD3.7juta!



















GEMPAR !! Polis Dedah Dalang Sebenar Pembunuhan Kevin Morais. Bukan Orang Sembarangan ! Memang terkejut !!

SUBANG JAYA: Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kerana kaitannya dengan kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata setakat ini polis belum dapat memastikan sama ada motif pembunuhan sama ada dendam atau sebaliknya.

“Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya pada sidang sidang media di USJ 1 pada Rabu.

Mayat kevin ditemui selepas kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat mendiang yang dimampatkan dalam konkrit dan dicampak di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu.

Mayat ditemui oleh unit penyelam pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil dalam operasi mencari.

Mayat yang dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sebelum ini, Kevin terbabit dengan pendakwaan rasuah ke atas Ketua Makmal Patologi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr. Kunaseegaran a/l Ragavabaidu, 50 tahun.


Dia dituduh melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000.




Tuesday 15 September 2015

[EKSKLUSIF] Hazama Sanggup Tunggu 10 Tahun Lagi Untuk Kahwin Dengan Wanita Seksi Ini



[EKSKLUSIF]  Hazama Sanggup Tunggu 10 Tahun Lagi Untuk Kahwin Dengan Wanita Seksi Ini



Orang kata, percintaan mampu membuktikan segalanya begitulah juga dengan kesanggupan penyanyi Hazama menunggu sehingga 10 tahun – jika itu waktu yang terpaksa dilaluinya untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana, persoalan bila dia dan juga kekasih, pemuzik Genervie Kam sering sampai di telinganya.

“Hubungan kami masih berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Saya tak nak ulas lanjut tapi hanya boleh kata kami sedang menanti waktu dan tarikh sesuai untuk ke arah itu (memeluk Islam). Saya bersyukur kerana melihat Akim dan Stacy mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak”



“Bagaimanapun, ada situasi yang berlaku buatkan Genervie takut. Jadi, saya perlu memainkan peranan untuk menerangkan kepadanya sejelas-jelasnya supaya dia faham dan tidak pandang serong terhadap apa yang terjadi. Alhamdulillah, ia bukan lagi persoalan besar buatnya sekarang”

“Saya tak sentuh sangat persoalan agama kerana ia isu sensitif. Namun siapa yang tak nak kekasihnya buat perkara yang menyenangkan. Kalau 10 tahun lagi pun tempohnya untuk kami kahwin, saya kenalah tunggu,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selain itu, Hazama juga ada menjelaskan bahawa dia dan kekasih ada membincangkan soal kahwin namun tidak serius dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.


[EKSKLUSIF] Respon Ramli MS Mengenai Che Ta Yang Sangat Mengejutkan



[EKSKLUSIF]  Respon Ramli MS Mengenai Che Ta Yang Sangat Mengejutkan

Pengkritik tetap Akademi Fantasia 2015 (AF2015)  iaitu Datuk Ramli MS menyifatkan tindakan pengetua program itu, Edry Abdul Halim menegur cara kritikan Rozita Che di khalayak ramai tidak seharusnya berlaku.


Ramli berkata, Edry mahupun pihak luar salah faham mengenai tugas Rozita atau Che Ta, 42, yang hanya menjalankan peranan sebagai pengkritik awam dan bukannya seorang pakar muzik.

"Pada minggu pertama, diakui saya nak gelak dengan komen Che Ta yang terlalu positif walaupun persembahan pelajar itu teruk. Jadi saya nasihatkan dia untuk beri komen secara jujur sebagai seorang penonton dan dia buat.

"Dan saya sokong setiap komen-komen yang diberikan. Cuma dia tidak tahu menggunakan ayat-ayat sesuai orang seni muzik gunakan. Dia bukannya orang muzik.

"Dia bercakap mengikut apa yang dia rasa dan saya faham maksudnya itu. Saya anggap isu ini timbul kerana salah faham mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada Che Ta. Mereka tidak faham tugas Che Ta sebagai wakil orang awam," tegasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.



Terdahulu Che Tak telah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tugasnya sebagai pengkritik selepas berasa terhina dengan teguran Edry terhadapnya di khalayak selepas dia memberi komen negatif terhadap peserta AF 2015 siaran musim keenam Ahad lalu.

Edry pula dalam mStar Online pada Selasa mengalu-alukan langkah Che Ta menarik diri dalam program berklenaan kerana merasakan aktres itu tidak layak memikul tugas diberikan.

Sementara itu, Ramli turut meminta agar orang ramai tidak membandingkan dirinya dengan aktres itu memandangkan kedua-dua mereka berada di bidang yang berbeza.

"Jangan bandingkan dia (Che Ta) dengan saya. Jangan lihat dia sebagai pengkritik profesional kerana dia hanyalah pengkritik awam yang mewakili masyarakat luar sana.

"Saya lihat Edry dan tenaga pengajar sangat prejudis dengan pihak pengkritik. Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham.

"Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini," ujarnya.


"Baru Sebulan Jerebu dah MERUNGUT macam BUDAK-BUDAK" :: Naib Presiden selar MALAYSIA dan Singapura !!

Meskipun Kabinet mungkin berubah, namun pemimpin Indonesia tetap kekal sensitif apabila timbulnya isu mengenai jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan.

Semalam, Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengkritik negara-negara jiran yang merungut tentang jerebu dan mendakwa mereka tidak bersyukur dengan udara bersih yang diberikan sepanjang tahun sebelum itu.

“Selama 11 bulan mereka menikmati udara yang baik dari Indonesia dan mereka tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada kami,” katanya.

“Mereka (Malaysia, Singapura & Brunei) telah dilanda jerebu selama sebulan dan mereka merungut,” katanya memetik laporan Jakarta Globe pada Selasa, hari ini.

Mengimbas kembali pada tahun 2013, bila Agung Laksono, menteri dalam kerajaan sebelum ini menyelar Singapura yang menyalahkan Indonesia atas pencemaran udara yang berlaku.

“Singapura tidak sepatutnya berperangai seperti budak-budak yang panik tidak tentu pasal,” katanya.
Akibat dari kenyataan itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terpaksa memohon maaf kerana jerebu.

Menurut Jusuf Kalla, Indonesia telah berkali-kali memohon maaf di atas kebakaran hutan yang telah membawa kepada pencemaran udara di Malaysia dan Singapura.

Kerugian yang dialami oleh Indonesia kerana kebakaran hutan itu juga amat besar. Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan melaporkan kerugian yang dicatatkan dari 26 Februari hingga 4 April tahun 2014 adalah dianggarkan sebanyak AS1.6 bilion.




TERBARU!! Pendedahan BERANI MATI Bekas Ketua Polis Negara Kes Pembunuhan Altantuya !! huh.

Kuala Lumpur – Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu masih timbalan perdana menteri mengarahkan beliau menangkap suspek pembunuh Altantuya Shaariibuu, Razak Baginda.

Bekas ketua polis negara itu berkata, pada mulanya beliau memberitahu perdana menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan kes tersebut namun diarahkan bertemu Najib memandangkan Razak merupakan penasihat beliau.

“Selepas PM (Abdullah balik dari luar negara) saya memberitahu siapa mereka yang terlibat. Saya mengatakan bahawa polis mahu tangkap Razak Baginda. Beliau kemudian meminta saya untuk maklumkan kepada timbalan perdana menteri.

“Saya kemudian berjumpa (dengan Najib) dan beritahu ingin tangkap Razak Baginda, beliau kata pada saya, buat kerja kamu,” kata Musa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak memihak kepada mana-mana pihak, tetapi hanya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran dalam kes Altantuya.

Menurutnya siasatan polis berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu mendapati tiada kaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Musa dalam masa yang sama turut kesal dengan pelbagai pertuduhan palsu yang dibuat, seperti penyebaran foto palsu menunjukkan Najib dan Altantuya bersama, dan ia katanya sengaja disensasikan.

Beliau berkata, ramai saksi yang dimabil keterangan berhubung kes itu termasuk penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala), yang ditugaskan sebagai penyiasat persendirian oleh bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang turut dituduh dalam kes pembunuhan Altantuya.

Mengulas mengenai laporan Al Jazeera berkenaan kes pembunuhan itu, Musa berkata, terdapat cubaan untuk mengaitkan kes pembunuhan itu dengan seseorang.

“Dokumentari itu pada mulanya betul, tetapi ia menjadi tidak tepat pada babak akhirnya. Jadi, saya menggesa sesiapa yang mempunyai bukti untuk tampil membuat laporan polis, daripada mereka cerita,” katanya lagi.

Turut hadir pada sidang media itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao.

Pada sidang media itu, Musa turut menceritakan turutan peristiwa bermula daripada laporan kehilangan orang dibuat ketika Altantuya hilang.

Malah katanya, dokumentari oleh Al Jazeera yang turut dimuat naik di laman Youtube, adalah satu cara untuk orang ramai untuk mempertikaikan kredibiliti pemimpin negara didakwa terlibat.

“Sesiapa yang rasa difitnah boleh failkan saman ke atas Al Jazeera,” katanya.


Laporan khas media itu mendakwa, Sirul Azhar Umar, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman menjadi pelarian, kerana dikehendaki di atas dakwaan membunuh Altantuya dan didakwa cuba memeras ugut Najib, Musa berkata, beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu.


'5 Tahun Dah Bekerja, Ini Pertama Kali Aku Kena Halau Macam Anjing' - Luahan Staff Poslaju

Kasihan dengan nasib yang menimpa seorang kakitangan Poslaju, Tom Yana, yang meluahkan rasa kecewanya diperlakukan seperti tidak bermaruah oleh Ambank Yap Kwan Seng. 



Beliau yang hanya menjalankan tugas, terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diduga kerana sikap pihak pengurusan Ambank cawangan berkenaan yang tidak mahu bertolak ansur sehingga menyukarkan tugasnya untuk menghantar barangan milik kakitangan Ambank berkenaan.



3.30 - 5.50 petang, backup Ambank Yap Kwan Seng. Barang mailing tak diambil kerana arahan dari pihak pengurusan Ambank.

Tak mengapa, dalam 15 minit kemudian baru dapat buat kerja di lobi, dalam pintu kaca. 

Kemudian didatangi oleh seorang lelaki Melayu, pengawal keselamatan menghalau saya keluar dan melakukan kerja-kerja itu di luar. 

"Boss tak bagi buat dalam ini sebab semak. Nanti orang-orang luar, kakitangan Ambank serta boss-boss di sini nampak tempat ini bersepah. Tak elok," katanya.

Kami Kurier Poslaju dihalau macam anjing. Kami buat kerja untuk siapa? Staff kau orang punya barang personal. Aku fikir, aku bekerja untuk logo tertera pada baju uniform ini saja. 

"Staff Ambank Yap Kwan Seng, please take note! Bos anda tidak mahu barang anda dihantar ke pejabat anda sejak minggu lepas, salam..." mesej kepada setiap penerima barangan yang berkenaan.

Terpaksa hubungi seorang-seorang. Handphone pula kehabisan bateri. Mujur ada hamba Allah ini beri gunakan handphone dia sekejap. Baik abang Despatch itu. 

"40 item bang oi!"

Begitulah nasib kakitangan Kurier Poslaju, diperlakukan seperti orang yang tiada maruah sedangkan mereka tidak bersalah. 


Tindakan pengurusan Ambank ini sememangnya tidak wajar dan dikritik oleh netizen kerana memandang rendah pekerja Kurier Poslaju. Sepatutnya pihak pengurusan mengenakan tindakan terhadap kakitangan mereka sendiri, bukannya pada pekerja Kurier Poslaju.


[EKSKLUSIF] Ini Ulasan Zain Saidin Selepas Rozita Che Wan Dimaki Edry


Saya Tidak Faham Cara Teguran Edry Kepada Che Ta – Zain Saidin



[EKSKLUSIF] Ini Ulasan Zain Saidin Selepas Rozita Che Wan Dimaki Edry

Tugas seorang suami tidak lain tidak bukan adalah mempertahankan isterinya dalam apa jua keadaan selagai ia tidak bertentangan dengan agama. Selepas Rozita Che Wan menarik diri daripada menjadi juri Akademi Fantasia 2015, Zain Saidin melahirkan sokongannya terhadap keputusan yang telah diambil oleh isterinya itu. Malah Zain sendiri melahirkan rasa tidak faham dengan teguran yang telah dilakukan oleh pengetua AF2015, Edry KRU kepada Che Ta.

Untuk makluman, menurut Che Ta, Edry telah pun memaki dirinya ketika ‘live show’ iaitu ketika Che Ta sedang memberikan komen. Sayangnya pada ketika itu, kamera tidak sempat merakamkan perbuatan Edry tersebut. Kata Che Ta:-

Tapi dia (Edry) maki saya ketika live show semasa saya sedang beri komen tapi kamera tak sempat nak ambil gambar dia

Menurut Zain, Che Ta hanya berlaku jujur dalam memberikan komen dan kritikan kepada pelajar-pelajar AF2015. Kata Zain:-

Saya tidak boleh kata apa-apa dalam hal ini memandangkan setiap pihak ada pandangan masing-masing. Cuma apa yang saya tidak faham cara teguran Edry kepada Che Ta.

Sebenarnya Che Ta agak terkejut dengan tindakan Edry dan membuat keputusan menarik diri daripada program itu selepas yakin dia tidak akan boleh bekerjasama lagi.

Mengenali dia, saya yakin isteri saya hanya mahu menjadi jujur sebagai pengkritik. Mungkin tidak semua pihak mampu terima apa yang cuba disampaikan Che Ta tetapi memang dia ditugaskan dengan itu.

Saya ada beri pendapat, mungkin dia boleh lupakan sahaja, tetapi apa-apa keputusan juga kena datang daripada dia. Jika dia sudah muktamad dengan keputusan tarik diri, saya sokong