Wednesday 2 September 2015

Filled Under:

PENTING !! TEKNIK RAHSIA CIUMAN MALAM PERTAMA YANG PERLU ANDA TAHU SUAMI ISTERI !!!



Adakah anda pernah dicium suami ketika berdua-duaan? Di mana tempat yang sering suami cium anda itu sama ada bibir, pipi, leher atau dahi? Ketahuilah bahawa, ciuman memang mengasyikkan bagi pasangan yang baru melangkah ke alam rumah tangga. Naluri akan bercantum dengan kebahagiaan saat menerima ciuman. Kesimpulannya, tahukah anda maksud sebenar di sebalik ciuman?

CIUMAN DAHI
Ciuman di atas dahi bukanlah sesuatu yang luar biasa dilihat pada pasangan suami isteri. Sedangkan, selepas upacara akad nikah tentu ada sesi membatalkan air sembahyang, di mana suami mencium dahi isteri selepas menyarungkan cincin. Itu adalah saat pertama kali suami menyentuh anda dan memberikan ciuman penuh makna. Bagi suami, ciuman diberi melambangkan rasa kasih dan sayang terhadap isterinya yang tercinta. Ciuman yang begitu luhur membuatkan si penerima ciuman merasakan getaran halus dalam jiwa.

CIUMAN SAYANG
Ada ketikanya suami sukar dilihat meluahkan perasaan sayang pada isteri. Namun, ia dapat diungkapkan melalui setiap pergerakan yang dilakukan contohnya sentuhan ciuman yang diberikan. Jika suami kerap memberikan ciuman di pipi, itu tandanya si dia sangat menyayangi isterinya dengan sepenuh hati. Ketika isteri sedang dalam keadaan marah, pasti suami akan memberikan ciuman di pipi bagi meredakan kemarahannya itu. Hingga membuatkan isteri tersenyum. Selain, suami memberi ciuman saat pulang dari pejabat, lantas  menghadiahkan sebuah ciuman menandakan dirinya rindukan isteri.

CIUMAN DI TANGAN
Apabila suami mengucup di belakang tangan isteri, itu tandanya si dia menghormati dan menyanjungi pasangannya. Selepas mencium tangan, pasti matanya akan memandang tepat pada mata isteri yang memberi maksud si dia mencintai isteri sepenuh jiwa dan raga. Inilah antara bibit-bibit permulaan bagi suami menandakan bahawa si dia ingin bersama isteri dalam kesusahan dan kesenangan, malah hanya isteri bertakhta di hati.

CIUMAN CINTA
Mendebarkan saat isteri sedang berdiri di tepi koridor bilik dan secara tiba-tiba suami datang menghampiri. Lantas memeluk pinggang dan memberikan sebuah ciuman hangat di leher. Kemudian memalingkan badan isteri agar berhadapan dengannya lalu beri kucupan mesra di bibir. Inilah yang dinamakan ciuman cinta nan syadu daripada seorang suami buat isteri tersayang. Pada ketika ini rasa cinta akan kian bersemi dan hangat membara.

CIUMAN POSISI BELAKANG
Antara lain, ciuman yang sering ditunggu isteri daripada suaminya. Bahkan, gerak geri ini juga sering dilakukan oleh isteri ketika bersama suami. Terutama bila suami sedang sibuk menyiapkan tugasan pejabat di rumah. Tetapi isteri sedang dalam keadaan ghairah dan ingin bersama. Lantas mendekati dan menghadiahkan sebuah ciuman di belakang suami. Ini memberikan gambaran bahawa isteri sedang meminta ‘sesuatu’ daripasa suami tercinta. Malah dirinya tidak mahu suami begitu sibuk dengan tugasan dan mendambakan layanan istimewa daripada suami.

CIUMAN MANJA

Ciuman bukan setakat di bibir sahaja. Namun ia masih boleh dilakukan di tempat lain seperti mata, rambut, telinga dan dagu. Terpulang kepada pasangan masing-masing. Jika kerap melakukan di bibir mungkin anda boleh mengubahnya di tempat lain. Sekiranya anda ingin memberikan lebih banyak aksi menggairahkan, boleh mencuba ciuman di bahagian sensitif suami seperti belakang telinga, bahu ataupun di perutnya. Pasti si dia rasa teruja.a




0 comments:

Post a Comment